Saturday, August 21, 2010

Mendidik anak , faktor keturunan dan persekitaran

Setengah orang berfikiran bahawa anak-anak yang dididik dengan sebaik-baiknya akan menjadi cemerlang. Akan tetapi, mendidik anak tidaklah semudah itu.

Kadang-kadang, Hanee rasa kesal. Kerana anak-anak Hanee tidak seperti yang Hanee harapkan. Yang lelaki sudah berhenti sekolah. Dia dah tak minat belajar. Dia hanya minat motornya. Hanee malu betul . Sedangkan keluarga Hanee semuanya berpendidikan tinggi, termasuk Hanee walaupun setakat Diploma. Sekarang fikiran Hanee buntu. Entah apakah masadepannya.

 Image dari sini

Setiap hari dia akan pulang lewat malam. Bila Hanee marah, makin teruk sifatnya. Hanee kena slow talk dengannya walaupun hati ni berasap. Sakit hati betul. Itulah. Dia ikut sifat ayahnya yang pentingkan kawan. Hanee masih ingat lagi ketika mengandungkannya, ayahnya tinggalkan Hanee di rumah ibu, manakala dia menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang malam. Hampir setiap malam. 

Dan masa anak lelaki Hanee tu sakit pun dia boleh terus pergi mengail dengan kawan-kawannya waktu malam. Alasannya sebab dah berjanji. Suami Hanee memang sayang pada Hanee, tapi dia bukanlah seorang bapa yang boleh dicontohi. Dia jarang sekali mengajak kami solat berjamaah.. itulah antara kesilapan kami. Hanee benar-benar kecewa sekarang ni.

Anak-anak perempuan Hanee pula agak pemalas. Suka bangun lewat. Masa kecil memang rajin, tapi bila besar dah terikut-ikut dengan sifat keluarga ayahnya . Memang Hanee perhatikan ahli keluarga suami agak pemalas (namun suami Hanee agak rajin). Bayangkan Hanee seorang sahaja yang sibuk di dapur mentua, sedangkan yang lain-lain berbaring menonton tv. Hidangan sahur pun Hanee seorang yang sediakan. Mereka hanya bangun pukul 5 subuh, dengan alasan untuk mendapatkan pahala sunat. 

Hanee tak terniat nak kutuk keluarga suami, kerana mereka juga ada sifat-sifat baik seperti rajin solat . Itulah, kenapa pula sifat baik ini tidak ada dalam anak-anak Hanee. Puas Hanee didik tapi bila besar jadi lain pula. 

Satu lagi sifat susah nak bangun pagi. Hanee ni sejak dari kecil lagi suka bangun pagi. Hanee terikut-ikut perangai ibu. Malah semua adik-adik Hanee begitu. Ibu Hanee biasa bangun pukul 4.30 pagi, setiap hari. Dia kemas dapur, sementara menunggu untuk solat subuh. Hanee pula bangun pukul 5 pagi, siapkan sarapan atau bekal untuk anak-anak.

Tapi, hairan sungguh, anak-anak Hanee  berbeza. Walaupun Hanee tegur, rasa macam bercakap dengan dinding. Sekarang Hanee sedar, keturunan amat penting dalam membina rumahtangga. Hanee terpaksa terima takdir Hanee. Dan satu lagi, seorang ayah hendaklah luangkan masa untuk solat berjamaah bersama ahli keluarganya. Mungkin itulah silapnya kami.

Hanee begitu kesal. Kesal kerana berkahwin. Hanee tak mampu mendidik anak-anak walaupun Hanee dah cuba ikut cara ibu. Seharusnya Hanee tidak berkahwin dulu. Biar jadi anak dara tua. Rasa puas hati dari merana dapat anak yang menyusahkan.



No comments: