Sunday, July 11, 2010

Hak Lelaki untuk berpoligami

Hak lelaki untuk berkahwin lebih dari satu tidak boleh kita pertikaikan. Andai kata seorang suami itu berkemampuan dari segenap sudut, seorang isteri tidak boleh melarang. 

Apa yang Hanee maksudkan ialah bila suami mempunyai lebih rezeki. Bila harta bertimbun, duit tak habis nak makan, segala kelengkapan untuk si isteri sudah lebih dari mencukupi, si isteri tidak ada sebab yang boleh melarang suaminya berkahwin lagi.

 Sumber image dari sini

Tapi, ramai wanita yang hidup mewah tidak dapat menerima hakikat ini. Apa salahnya kita berkongsi rezeki Allah termasuk suami . Untuk apa kita tamakkan harta dan kasih kerana segala yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Setiap kali wanita diutarakan persoalan ini, dengan marahnya dia akan berkata berbaur ugutan terhadap suami. Tak sedarkan ianya satu dosa bila kita lawan hukum Tuhan.

Bagi Hanee, membenarkan suami berkahwin lain adalah satu ibadah juga. Akan tetapi sudah tentu ianya mengikut syarat dalam Islam. Yang penting si suami mampu. Adakah dia mampu memelihara keluarganya, memastikan isteri-isterinya serta anak-anaknya sempurna ibadahnya dan keperluan harian.

~ Jangan pula fikir semua lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Si suami hendaklah bertanyakan pada diri sendiri. Adakah dia boleh berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anaknya? Sekiranya tidak, nescaya dia akan menzalimi mereka dan ia merupakan satu dosa besar.

No comments: