Friday, July 9, 2010

Apa itu cinta ?



Secara jujurnya Hanee tak pernah bercinta. Walaupun sudah berkahwin dan punya anak, cinta itu amat aneh bagi Hanee. Kerana itu Hanee tidak faham kenapa setengah-setengah insan begitu taksub pada cinta.

Bagi Hanee, kasih Hanee hanyalah satu tanggungjawab. Jaga makan minum dan urusan rumahtangga suami sudah semestinya. Kerana itu Hanee tidak merasa cemburu pada suami. Ya. Itulah yang membimbangkan. Tapi perasaan itu tidak boleh dipaksa, kan ?

Hanee berkahwin pun kerana merasakan ia perlu. Kerana suami hendakkan Hanee di sisinya. Sekarang ni dah berbelas tahun menjadi isteri, tapi perasaan cinta itu masih belum tersemai. Meskipun begitu apa yang Hanee lakukan untuk suami adalah ikhlas.

Ada masanya Hanee kesal. Kerana tiada perasaan cinta . Hanee berhati dingin . Mungkin kerana Hanee dibesarkan tanpa perasaan sayang.

Apakah kalian tahu tentang cinta?

1 comment:

Atilia said...

Saya pernah jatuh cinta, mula sayangkan seseorang. Tetapi saya tidak yakin dengan perasaan sendiri. Sekarang rasa amat menyesal.