Saturday, July 10, 2010

Pilih kasih

Semasa kecil, Hanee sering dibeza-bezakan oleh ibu dan ayah. Hanee tidak faham mengapa tetapi Hanee tahu, Hanee tidak cukup membanggakan mereka.

Masih ingat lagi, ayah belikan color pencil untuk Hanee dan adik. Adik dapat yang panjang dan berjenama. Warnanya lebih cantik dan terang. Sedangkan Hanee dapat yang pendek dan warna-warnanya pudar . Malah nak mewarna pun susah sebab tidak selesa. Hanee berasa hati.


Gambar hiasan dari sini

Bila ibu belikan baju raya, adik dapat warna merah dan pink. Manakala Hanee dapat warna cokelat. Hanee minat warna merah tapi tak berani nak bersuara. Takut dimarahi. Memang Hanee selalu dimarahi.

Kerap kali Hanee selongkar almari ibu, untuk melihat sijil kelahiran Hanee. Masa tu Hanee yakin yang Hanee bukan anak ibu dan ayah. Namun, walaupun beberapa kali membelek, Hanee sedar, sememangnya Hanee benar-benar anak mereka.

Bila Hanee dewasa, barulah Hanee tahu yang Hanee berbeza. Hanee tidak cantik seperti adik-adik. Barulah Hanee teringat. Ibu pernah berkata yang adik Hanee cantik.

Kini, Hanee sudah punya anak-anak sendiri. Masing-masing punya tabiat yang berbeza. Tapi, Hanee tak akan pilih kasih seperti apa yang ibu dan ayah lakukan. Hanee tak akan membeza-bezakan apa-apa pemberian untuk mereka. Apa yang Hanee sediakan, semuanya sama. Dan Hanee selalu beritahu yang Hanee sayangkan semuanya walau apa pun terjadi.

Akhir sekali, Hanee sedar, kita tidak boleh paksa seseorang kasihkan kita, walaupun ibu bapa sendiri. Itu hak mereka. Hanee redha. Hanee hanya seorang anak yang boleh mendoakan kebahagian buat ibu dan ayah.

~ Kepada semua ibubapa , hargailah kehadiran anak-anak kalian, walaupun paras rupa mereka mengecewakan, tapi itu bukan kehendak mereka. Apa yang kita lakukan pada anak-anak nanti, akan kekal di ingatan selamanya.

1 comment:

rafidah said...

Salam Hanee.

Akk faham perasaan hanee. Ibubapa dulu2 selalu buat mcm tu kat anak2 diorang - pilih kasih. Even my mom penah ckp , anak pertama dan yg bongsu mmg special sedikit di hati mak ayah.

Hmm...betul ke?

Yg penting, kita yg ada anak2 sekarang ni jgn sekali2 biarkan anak2 kita merasakan yg kita ni membeza2 kan kasih sayang kita. Mcm yg Hanee buat.

Take care Hanee. Thanks visiting blog akk. Please dtg lagi ya.

Salam perkenalan dari akk jugak utk Hanee.